Wednesday, February 09, 2011

Nabi saw dan kaum wanita

Musuh Islam selalu mengatakan bahwa Islam menzalimi golongan wanita. Islam dituduh menindas dan menyekat hak-hak wanita. Sehingga ada yang tergamak berpandangan bahwa Islam menjadikan wanita hanya sebagai pelayan lelaki dan sasaran nafsu semata-mata.

Namun kepalsuan tuduhan ini ternyata dari riwayat-riwayat hadith dari Rasulullah r yang jelas memuliakan wanita dan mengangkat kedudukannya. Nabi saw mengambil kira pandangan mereka dalam perbincangan, berlemah lembut kepada mereka, berlaku adil dalam setiap pendirian, dan memberikan semua haknya yang tidak terbayangkan sebelumnya.

Bangsa arab – secara tabiatnya - sebelum Islam sangat membenci anak perempuan. Mereka menganggap anak perempuan adalah sesuatu yang memalukan. Sehingga sebagian arab jahiliyah terkenal dengan menanam anak-anak perempuan hidup-hidup. al-Qur`an menggambarkan hal itu dalam firman Allah I:

وَإِذَا بُشِّرَ أَحَدُهُمْ بِالأُنثَى ظَلَّ وَجْهُهُ مُسْوَدّاً وَهُوَ كَظِيمٌ * يَتَوَارَى مِنَ الْقَوْمِ مِن سُوءِ مَا بُشِّرَ بِهِ أَيُمْسِكُهُ عَلَى هُونٍ أَمْ يَدُسُّهُ فِي التُّرَابِ أَلاَ سَاء مَا يَحْكُمُونَ

Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya, dan dia sangat marah. * Dia menyembunyikan dirinya dari orang banyak, disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup) Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu. (QS. an-Nahl:58-59)

Para wanita di masa jahiliyah, apabila suaminya meninggal dunia, diwarisi oleh anak-anak dan keluarga suaminya yang mati. Jika mereka mahu, mereka mengahwinkannya dengan salah seorang dari mereka dan jika mahu mereka menghalangnya dari bernikah hingga ke akhir hayat. Maka Islam membatalkan semua itu dengan hukum yang disyari’atkan oleh Allah I yang merupakan hukum-hukum yang adil, yang meliputi hak-hak perempuan dan laki-laki dalam batasan yang sama.

Sesungguhnya Nabi r telah mengkhabarkan dasar persamaan wanita dan laki-laki dari sisi kemanusiaan. Nabi r bersabda:

إِنَّمَا النِّسَاءُ شَقَائِقُ الرِّجَالِ

“Sesungguh para wanita adalah saudara kandung laki-laki.” (HR. Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmidzi).

Di dalam Islam, tidak ada pertarungan di antara jantina lelaki dan perempuan seperti yang digambarkan oleh musuh-musuh Islam, tetapi yang ada adalah persaudaraan dan saling melengkapi antara dua jantina ini.

Al-Qur`an menetapkan masalah persamaan dalam iman, amal dan balasan, firman Allah I:

إِنَّ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْقَانِتِينَ وَالْقَانِتَاتِ وَالصَّادِقِينَ وَالصَّادِقَاتِ وَالصَّابِرِينَ وَالصَّابِرَاتِ وَالْخَاشِعِينَ وَالْخَاشِعَاتِ وَالْمُتَصَدِّقِينَ وَالْمُتَصَدِّقَاتِ وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيراً وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْراً عَظِيماً

Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mu'min, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam keta'atannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyu', lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar. (QS. Al-Ahzaab :35)

Dan firman Allah I:

مَنْ عَمِلَ سَيِّئَةً فَلَا يُجْزَى إِلَّا مِثْلَهَا وَمَنْ عَمِلَ صَالِحاً مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُوْلَئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ يُرْزَقُونَ فِيهَا بِغَيْرِ حِسَابٍ

(Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalas melainkan sebanding dengan kejahatan itu.Dan barangsiapa yang mengerjakan amal yang saleh baik lelaki mahupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk surga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa hisab. (QS. Ghafir:40)

Rasulullah r menceritakan cintanya kepada wanita dalam sabdanya:

حُبِّبَ إِلَيَّ مِنْ دُنْيَاكُمْ النِّسَاءُ وَالطِّيْبُ وَجُعِلَتْ قُرَّةُ عَيْنِي فِى الصَّلاَةِ

“Dikurniakan kecintaan dalam diriku dari duniaku: wanita dan minyak wangi, dan dijadikan penyejuk mataku di dalam shalat.” (HR. Ahmad dan an-Nasa`i dan dishahihkan oleh Syaikh al-Albani).

Apabila Nabi r mencintai wanita, bagaimana mungkin baginda berbuat zalim kepadanya? Bagaimana boleh baginda menghinakannya? Dan apa mungkin baginda saw menganiayainya?

Islam menghapuskan adat membenci anak perempuan dan menanamnya hidup-hidup. Nabi r telah membatalkan perangai jahat itu dan mendorong dalam mendidik para putri dan berbuat baik kepada mereka. Nabi r bersabda:

مَنْ عَالَ جَارِيَتَيْنِ حَتَّى تَبْلُغَا, جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَنَا وَهُوَ – وَضَمَّ بَيْنَ أَصَابِعِهِ

“Barangsiapa yang menanggung dua anak perempuan hingga baligh, nescaya dia datang pada hari kiamat, aku dan dia – baginda menyatukan di antara jari-jarinya.” HR. Muslim.

Ini mengisyaratkan ketinggian kedudukannya dan dekatnya dengan Nabi r, hal itu tidak lain kecuali kerana dia mengurus baik puteri-puterinya dan menjaga mereka hingga mereka mencapai usia baligh dan mukalaf.

Dan Nabi r bersabda:

مَنْ كَانَ لَهُ ثَلَاثُ بَنَاتٍ, أَوْ ثَلَاثُ أَخَوَاتٍ, أَوْ بِنْتَانِ, أَوْ أُخْتَانِ, فَأَحْسَنَ صُحْبَتَهُنَّ, وَاتَّقَى اللهَ فِيهِنَّ, فَلَهُ الجنَّةُ" [رَواهُ الترمِذيُّ وصحَّحه الألبانيُّ].

"Barangsiapa yang mempunyai tiga orang puteri atau dua adik beradik perempuan, atau dua orang puteri, atau dua orang adik beradik perempuan, lalu ia baik dalam memperlakukan mereka dan bertaqwa kepada Allah r pada mereka (dalam mengurus mereka), maka untuknya adalah surga." (HR. At-Tirmidzi dan dishahihkan oleh Syaikh al-Albani).

Nabi r memberikan perhatian serius terhadap pendidikan wanita, maka baginda r mengkhaskan untuk mereka satu hari yang mereka berkumpul padanya, maka baginda hadir menemui mereka dan mengajarkan kepada mereka dari sesuatu yang diajarkan Allah I kepadanya r (HR. Muslim).

Dan Nabi r tidak menjadikan perempuan terkurung di dalam rumah seperti dugaan setengah golongan. Bahkan Baginda r membenarkan mereka keluar dari rumah untuk menunaikan keperluan, mengunjungi kaum keluarganya, melawat orang sakit, berjual beli di pasar asalkan disertai sifat malu denga berhijab secara syara'.

Demikian pula baginda saw mengizinkan mereka keluar menuju masjid, bahkan melarang dari lelaki yang menghalangnya. Baginda r bersabda:

"لَا تَمْنَعُوا نِسَاءَكُمُ المسَاجِدَ" [رواه أحمد وأبوداود].

"Janganlah kamu menghalangi para wanita darimu pergi ke masjid." HR. Ahmad dan Abu Daud.

Antara pesanan baginda kepada kaum lelaki adalah sabda baginda saw:

اسْتَوْصُوْا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا

"Berikanlah pesan supaya berbuat baik kepada wanita." Muttafaqun 'alaih.

Ini menuntut agar berbuat baik dalam melayan kaum wanita, menghormati hak-hak mereka, memelihara perasaan mereka dan tidak menyakiti mereka dengan cara apa pun.