Lailatul Qadar merupakan satu malam yang mempunyai kelebihan lebihseribu bulan yang lain. Ini dapat kita lihat daripada apa yang telahdinukilkan oleh Allah di dalam al-Quran dalam surah al-Qadar. Begitujuga dengan apa yang telah diberitahukan oleh Rasulullah S.A.W dalambeberapa hadis yang sohih. Kita disuruh untuk menghidupkan malamlailatul qadar dan tidak membiarkannya berlalu begitu saja. RasulullahS.A.W telah bersabda dalam hadis muttafaq 'alaih daripada Abu Hurairahyang artinya : Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar penuhkeimanan dan keikhlasan akan diampun baginya dosa yang telah lalu.Menurut imam Fakhrurrazi bahwa Allah menyembunyikan malam lailatulqadar dari pengetahuan kita sebagaimana Dia menyembunyikan segalasesuatu yang lain. Dia menyembunyikan keredhaanNya pada setiapketaatan sehingga timbul dalam diri kita keinginan untuk melakukansemua ketaatan atau ibadat itu. Begitu juga Dia menyembunyikankemurkaanNya pada setiap perkara maksiat agar kita berhati-hati danmenjauhi segala maksiat dan tidak memilih antara dosa besar dan keciluntuk melakukannya kerana dosa kecil jika terus dilakukan secaraberterusan akan menjadi dosa besar jika kita tidak bertaubat danberusaha meninggalkannya. Dia menyembunyikan wali-waliNya agar manusiatidak terlalu bergantung kepada mereka dalam berdoa sebaliknyaberusaha sendiri dengan penuh keikhlasan dalam berdoa untukmendapatkan sesuatu daripadaNya kerana Allah menerima segala doa orangyang bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa. Diamenyembunyikan masa mustajab doa pada hari Jumaat supaya kita berusahasepanjang harinya. Begitulah juga Allah menyembunyikan penerimaantaubat dan amalan yang telah dilakukan supaya kita sentiasa istiqamahdan ikhlas dalam beramal dan sentiasa bersegera dalam bertaubat.Demikianlah juga dengan penyembunyian malam lailatul qadar agar kitamembesarkan dan menghidupkan keseluruhan malam Ramadhan dalammendekatkan diri kepadaNya bukan hanya sekadar menunggu malam lailatuqadar sahaja untuk beribadat dan berdoa. Tetapi inilah penyakit besaryang menimpa umat Islam yang menyebabkan malam-malam Ramadhan lesukerana mereka hanya menanti malam yang dianggap malam lailatul qadarsahaja untuk beribadat. Kerana mengejar kelebihan lailatul qadar yangmana kita tidak mengetahui masanya yang tertentu menyebabkan kitaterlepas dengan kelebihan Ramadhan itu sendiri yang hanya datangsetahun sekali.Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalahberdasarkan beberapa hadis di bawah :
1. Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telahbersabda mengenai lailatul qadar yang artinya : Sesungguhnya matahariyang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). - Hadisriwayat imam Muslim dalam kitab puasa -
2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telahbersabda yang artinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar,bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar,tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagibintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanyamatahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulanmalam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya padahari itu. - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripadaIbadah bin As-Somit -
3. Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa'daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatulqadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidakhujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamatsiangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram) .
4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawaRasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadarbersih tidak panas dan tidak pula sejuk.Qadhi 'Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yangterbit tanpa cahaya iaitu:1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yangberzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yangmenyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi danmenghalangi matahari dan cahayanya.
Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawaantara tanda-tanda lailatul qadar ialah :
a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.
b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiupsebagaimana biasa dan awan agak nipis.
c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahayaseolah-olah tidak timbul.
d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.
__._,_.___
__._,_.___